BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 26, 2009

Resipi Spaghetti Bolognese...slurrrp

http://www.hydesign.co.uk/pizzapiccante/Burgers.htm http://dummyatcooking.wordpress.com/2007/10/02/spaghetti-bolognese/ http://www.brutsellog.com/2008/03/20/spaghetti-bolognese/

Bahan-bahan

1 bungkus (500g) spaghetti
300 g daging cincang/ayam
1 labu bawang besar (cincang)
6 ulas bawang putih (cincang)
1/2 tin cendawan butang (hiris) - kalau beli yg fresh lagi best
1 tin sedang tomato puree (agak2)
1 tin besar tomato sauce (yg tin punye, bukan botol, selalu pakai jenama SW)
3 biji buah tomato
minyak zaitun (olive oil)

bahan perasa:
garam
serbuk lada hitam
rempah oregano
daun salam (bay leaves)

Cara-cara membuatnya
1. Jerang air panas dlm periuk, bila dah m'didih masukan sedikit minyak zaitun (spy xmelekat). Pas2 rebus spaghetti smpi masak. Toskan spaghetti. Utk buat spaghetti tahan lama & xmelekat,lps toskan spaghetti tu, goreng spaghetti tu dlm kuali dgn sikit minyak zaitun. Lepas tu asingkan.

2. Buah tomato rendam dlm air panas. Tgg 10 minit, lepas tu kopek kulit tomato & lenyek buah tomato sampai hancur (tak perlu buang biji).

2. Dalam kuali, masukkan daging. Jerang daging sampai separuh masak & keluar air. Ketepikn. Air daging jgn buang.


3. Tumis bawang putih & bawang besar dlm kuali dgn menggunakan minyak zaitun. Masukkan cendawan butang, goreng sikit sampai lembut. Masukkan tomato lenyek, tomato puree & tomato sauce yg dlm tin. Masukkan daun salam. Kemudian masukkan daging cincang tadi dgn air sekali. Masak smpi kuah pekat. Kalau terlalu cair tambah sikit lg tomato puree/tomato sos

4. Masukkan garam secukup rasa, rempah oregano & serbuk lada hitam.

Saturday, May 23, 2009

iKAn kELi mSk LEmAk ciLi pADi


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan keli bakar

20 tangkai cili padi (kisar)

3 batang serai (titik)

3 sudu besar bawang (kisar)

2 helai daun kunyit

2 keping asam gelugur

1/2 kg santan

2 cawan air


CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan cili padi, serai, bawang serta air ke dalam periuk dan biarkan sehingga air mendidih selama lima minit.

2. Kemudian tuangkan santan, asam gelu­gur, garam, gula dan daun kunyit.

3. Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian dituangkan ke atas ikan keli bakar.

4. Boleh juga ikan keli tadi dimasukkan sekali dalam santan.


Petua dari Nenek
Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba amalkan petua ini :-

Petua 1:
Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.

Petua 2:
Bersihkan ikan keli, gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir.

Petua 3:
Air basuhan beras jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Setelah ikan dibersihkan, rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.

dAgiNG mASak kUaH itAM


Bahan-bahan:
500gm daging lembu, dipotong dan direbus bersama 1/2 cawan kicap

Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam

Bahan kisar basah:
3 Bwg putih
4 Bwg merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering, direndam dulu

Rempah-rempah:
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar basah. Masukkan rempah-rempah.
2. Masukkan daging yg telah direbus empuk. Kacau hingga mesra.
3. Masukkan bahan2 kisar kering dan asam gelugur. Tambah kicap jika perlu.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap dan boleh dihidang.

Friday, May 22, 2009

aYAm mASak mERaH lg...


BAHAN-BAHAN:

5 ketul paha ayam (goreng separuh garing)

1/2 cawan cili kering kisar

3 sudu besar sos tomato

4 ulas bawang putih (tumbuk)

5 ulas bawang merah (tumbuk)

4 cm halia (tumbuk)

1 labu bawang besar (mayang)


CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau dan garing.

Kemudian masukkan cili kering.Tumis sehingga pecah minyak.

2.Bubuhkan garam dan sedikit .

3.Masukkan ayam, sos tomato dan bawang besar.

4.Gaul rata dan biarkan kuah mendidih lagi. Jiak kuah terlalu pekat bolehlah dituangkan

sedikit air agar ayamnya masak.

aYAm mASak mERaH




Bahan-bahan

  • seekor ayam
  • bwg merah
  • bwg besar
  • bwg putih
  • halia
  • serai
  • tomato puree
  • daun saderi dan daun bwg
  • sos cili
  • cili kering
  • santan/ susu cair
  • kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga/ bunga cengkih
  • carrot
  • tomato
Cara-cara memasak
  1. Blend bwg merah, bwg besar, bwg putih, halia, serai dan cili yg telah direbus
  2. Potong ayam ikut suka, gaulkan dgn garam, halia dan bwg putih ( yg telah diblend gk)
  3. Goreng ayam separuh masak je.
  4. Next utk kuah die, mula2 kita tumis rempah2 ratus tu..kulit kayu manis dan kwn2nya
  5. Bila dah mula wangi,masukkan bahan yg telah di blend td
  6. Tumis sehingga cili masak..ni kene pandai2 agak..klu cili xmsk nanti sakit perut pulak..hukhuk..mb lebih kurang 30 minit kot..pandai-pandailah yer..hehe
  7. Masukkan air, tumis lagi..
  8. Masukkan carrot, serai yg dah diketuk ng tomato dadu.Masuk sekali sos cili dan tomato puree
  9. Masak lagi dalam 10 minit, then in goes the sugar and salt..secukup rs lidah..hehe..
  10. Masukkan santan atau susu cair..tp sebenarnya tak letak pun ok jgk..tp yg lagi sedap lemak berkrim mestilah kene ltk santan atau susu cair
  11. In goes the fried chicken and cook in another 5minutes..Perah limau kasturi/ nipis..well balance kan masam, manis dan masinnya..
  12. Lastly, taburkan daun bwg dan daun saderi tu..DOne..