BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 23, 2009

iKAn kELi mSk LEmAk ciLi pADi


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan keli bakar

20 tangkai cili padi (kisar)

3 batang serai (titik)

3 sudu besar bawang (kisar)

2 helai daun kunyit

2 keping asam gelugur

1/2 kg santan

2 cawan air


CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan cili padi, serai, bawang serta air ke dalam periuk dan biarkan sehingga air mendidih selama lima minit.

2. Kemudian tuangkan santan, asam gelu­gur, garam, gula dan daun kunyit.

3. Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian dituangkan ke atas ikan keli bakar.

4. Boleh juga ikan keli tadi dimasukkan sekali dalam santan.


Petua dari Nenek
Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba amalkan petua ini :-

Petua 1:
Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.

Petua 2:
Bersihkan ikan keli, gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir.

Petua 3:
Air basuhan beras jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Setelah ikan dibersihkan, rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.

0 comments: